Akaun nuralmustafa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Bismillahirrahmanirrahim

“NABI TIDAK KAYA, TIDAK JUGA MISKIN,

TAPI NABI TIDAK PERNAH MENINGGALKAN AMALAN INI”


KORBAN & AQIQAH 2024/1445H BERSAMA

MADRASAH DARUL ULOOM AL MUSTAFA



Korban ertinya hampir yang maksud tujuannya untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Ia dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW.

Berbeza dengan aqiqah, ia dibuat sebagai kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak. Hukum kedua-duanya sunat muakkad.

Antara hadis yang menyebut berkenaan kelebihan berkorban ialah Nabi bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan manusia pada hari raya korban yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”  - (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Manakala bagi aqiqah Nabi bersabda yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama.”(Riwayat Ahmad)


FAQ

Apakah pengertian ibadat korban? Ibadat korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidiladha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.


Apakah syarat untuk melaksanakan ibadat korban?
Syarat melaksanakan ibadah korban adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka

Apakah hukum melaksanakan ibadat korban?
Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH — iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

Apakah jenis-jenis korban wajib?
Korban wajib seperti:
- Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.
- Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
- Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.

Adakah perlu membuat akad perwakilan?
Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program korban. Akad perwakilan itu juga memadai dengan niat oleh peserta korban.

Apakah amalan sunat bagi golongan yang melaksanakan ibadat korban?
Disunatkan tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.

Sekiranya telah dilaksanakan ibadat korban pada tahun lalu, apakah perlu lagi pada tahun ini?
Digalakkan, kerana umat Islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

Saya/anak saya belum pernah diaqiqahkan, bolehkah melaksanakan ibadat korban dahulu?
Boleh. Sekiranya telah hampir Aidiladha, adalah lebih baik dilaksanakan ibadat korban dahulu kerana ibadat korban hanya boleh dilaksanakan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala aqiqah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan, boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

“JOM SERTAI IBADAH KORBAN/AQIQAH BERSAMA DUAM DI MAKKAH”


"Anda mungkin tidak berkesempatan ke tanah haram, tetapi anda berpeluang beramal di sana.. InsyaAllah!"


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

SABTU, 15 JUN 2024


- Sijil penyertaan disediakan

- Pertanyaan hubungi: Mudir DUAM, Ustaz Hasnul Hakim 019-208 1191

ISI MAKLUMAT ANDA DAN BUAT BAYARAN SEKARANG!