Akaun nuralmustafa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Lipat gandakan Pahala Ramadhan Anda Melalui Infaq Surau Nur Al Mustafa!!

Alhamdulillah! Mungkin asbab & barokah pesanan Tn.Guru Baba Abdul Aziz untuk membangunkan Madrasah di tanah ini telah melipat gandakan rezeki Hamba Allah tersebut daripada susah menjadi senang...

Atas keyakinan & kepercayaan beliau bahawa rezeki Allah itu luas, Allah yang Maha Pemurah telah memberikan ganjaran sebesar-sebesarnya kepada Hamba Allah tersebut...



Tuan / Puan...  Peluang untuk beli tanah telah ditutup, kerana Allah dah pilih & bagi kepada Hamba Allah tersebut...

Sekarang yang terbuka adalah Infaq Pembinaan Surau Al Mustafa di dalam kawasan tanah yang sama...

Subhanallah! Jika halaman ini sampai kepada Anda, bermakna Allah telah memilih & membuka peluang untuk melipatgandakan rezeki Anda, bahkan melipatgandakan juga pahala amalan Anda sepanjang Ramadhan kali ini...

In Shaa Allah, rebut & jangan terlepas peluang yang terbuka di depan Anda...

Sahut peluang yang terbuka ini melalui sumbangan ikhlas Anda...

Mudah-mudahan Allah bukakan seluas-luas pintu rezeki kepada Anda sebagaimana Hamba Allah tersebut yang telah direzekikan dengan Bijih Timah & Emas di tanah miliknya...Ameen! In Shaa Allah!

Tuan / Puan... Madrasah kami iaitu Madrasah Darul Uloom Mustafa di Sg.Buloh , Selangor yang berada di bawah seliaan Ust Hasnul Hakim (019 208 1191) selaku Mudir menjemput Anda untuk sama-sama berinfak untuk menjayakan projek pembinaan Surau Nur Al Mustafa di Madrasah kami.


“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim)






Latar belakang madrasah :

1. Sebuah pusat pengajian ilmu Islam dan al-Quran

2. Mula beroperasi sejak 2012

3. Mempunyai hampir 70 pelajar lelaki dan perempuan

4. Aktif dengan pelbagai program keagamaan dan dakwah seperti Pameran Khazanah Peninggalan Rasulullah SAW, Daurah Ramadan, Daurah Kitab, Mawlid Akbar bersama ulama, Kem Khalifah

Objektif pembinaan :

1. Menjadi pusat sebaran ilmu agama dan dakwah sekitar Kubu Gajah

2.  Kemudahan lebih selesa dan luas untuk Surau dan Kelas Pengajian

3. Menampung jumlah pelajar yang semakin ramai dan kehadiran tetamu yang ramai pada satu-satu masa


"Sesiapa yang membina Masjid kerana Allah. Allah akan membina baginya rumah di Syurga kelak (binaan seumpamanya)."  - Hadis Riwayat Muslim

Langkah-langkah untuk infaq:

1. Pilih pakej infaq anda.

2. Isi maklumat penginfaq

3. Buat bayaran menerusi cash deposit atau pembayaran online

4. Infaq anda dikira BERJAYA sekiranya anda telah menerima resit pembayaran dengan status "PAID"

5. Pertanyaan berkaitan INFAQ PEMBINAAN SURAU NUR AL MUSTAFA , sila WhatsApp admin +60103611740 

Penting!!!

1. Boleh buat pilihan pakej LEBIH DARIPADA SATU secara serentak bagi setiap sumbangan  infaq.

2. Contoh Pilih pakej A dan pakej B, yakni jumlah sumbangan infaq adalah RM1500.

3.  Perkhidmatan kaedah pembayaran menggunakan "kad kredit" TIDAK disediakan.